Hour of Code

21 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 December 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan Kelas Hour of Code kepada seorang pelajar lepasan UPSR SMK Siburan, Batu. Aktiviti berasaskan sains komputer ini disampaikan dengan cara yang menarik supaya dapat menarik minat peserta pada masa kini. Dalam masa sama, aktiviti ini sebenarnya menggalakkan peserta untuk berkecimpung dalam bidang sains kerana untuk menyelesaikan aktiviti ini, peserta perlu memahami asas programming dan coding. Selain itu, peserta berpeluang untuk menguji kemahiran penyelesaian masalah, logik dan kreativiti masing-masing dalam permainan ini yang sememangnya diperlukan pada zaman digitalisasi ini. Peserta dibawa untuk mencuba tutorial yang disertakan dengan aktiviti dahulu untuk memahami konsep dan cara permainan. Setelah faham, peserta diberi peluang untuk mencuba sendiri permainan Hour of Code tersebut dengan bimbingan penyelia.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:
• Mendedahkan peserta dengan aktiviti yang berasaskan sains komputer
• Berkongsi dengan peserta untuk memahami asas programming dan coding sebagai persediaan untuk menempuh alam sekolah menengah
• Melatih kemahiran kendiri dari segi penyelesaian masalah dan kreativiti peserta
• Mendapatkan sijil yang diiktiraf oleh MDEC dan Kementerian Pendidikan Malaysia

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali